Sejak dua menjak ini, laju jari-jemariku berlari-lari di atas keyboard, meneroka setiap lekuk dan penjurunya, lantas kelajuannya seiiring juga dengan perubahan papan layar di depan mataku, melompat dari satu laman ke satu laman geng jurnal..di situ kubertemu huda soid yang rancak dengan komen pilihanrayanya (bisikan dari anak seorang pejuang, dia juga kukira), akhi masrawi yang merayu bantuan dari kita semua untuk
lanjutanya . . .
menerbitkan satu lari karya agung, bandarsepi, pemulis yang telah lama kusedari catatannya tetapi akhir2 ini baru ku perati setiap tulisannya, fotopages sridiah yang bisa mengungkap cerita dari lakaran fotonya serta beberapa penulis lain yang kukira sudah jauh maju dari aku yang baru hendak bermula.
Aku bukanlah berdarah seni, penyair agung yagn bisa mencoret kata-kata puitis penusuk jantung penggemar kutub khanah, lantas aku bukan juga seorang pemikir, yang sentiasa meneroka memerah ilmu segenap pelusuk alam ciptaan Maha Pencipta, juga aku bukanlah seorang dungu yang longo tidak tahu apa-apa, tapi aku hanyalah insan biasa yang baru hendak mencuba menajamkan mindanya, baru hendak mencuba bermain dengan kata-kata indah, mencipta lirik-lirik puitis untuk aku tinggalkan buat anak bangsaku.... Aku mengharapkan banyak tunjuk ajar dari kalian yang lebih dahulu makan garam dalam arena ini. Terima kasih teman atas sokongan.
Aku tidak berminat untuk menulis novel mahupun cerpen angan-angan, mungkin belum lagi timbul minatku kerana aku bukanlah seorang yang gemar berimaginasi. Mungkin suatu masa nanti, ah...andai tiba masa itu....
Isu-isu pilihanraya kerap kali menjadi topik utama di hampir setiap blog yagn aku lawati. Tapi bagi ku...ia hanyalah permainan dunia, oleh orang-orang yang bertuankan hawa nafsu.
Kepada mereka yang telah berkesedaran, marilah sama-sama membuang segala kekeruhan, ambil semula titis-titis jernih air dan kita cntumkan kembali apa yang terlerai. Sampai bilakah akan temui kejyaan, jika tembok ego dan benteng nafsu tidak diruntuhkan. Sama-sama tunduk pada Pencipta yang Maha Kuasa, insafi kelemahan kita. Yang berpecah, mari rapatkan, yang jauh mari dekatkan, yang tersisih, mari masukkan, yang tidak tahu, mari berikan, yang tau, mari gandingkan. Insya Allah, janji Tuhan pasti benar, asal kita berusaha sedayanya; lupakan sengketa eratkan usaha tegakkan bersama.
Aku baru habis membaca novel yang berjudul 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk' karya ulama tasawuf yang cukup aku hormati, pak Hamka. Kagu maku dengan cinta Zainuddin terhadap senoritanya. Mungkin itulah yang sebenar yang mahu Hamka luahkan dari sudut hatinya, cinta itu terlalu agung, suci, pahit, keras, sukar, manis, bahagia dan seribu satu macam perasaan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Ya, benar...cinta itu suatu yang ajaib. Hanya yang telah merasa tau akan apa rasa cinta itu. Ya....Aku pernah jatuh cinta, cinta yang sangat dalam pada suatu yang tiada tandingnya, tapi sayang ia hanya satu hari sahaja. Pelik, tapi benar. Di saat itu, aku resah gelisah tidak tentu arah, hati ku cukup sayu dan pilu mengenangkan dia yang jauh dan kurasakan sangat payah untuk ku peroleh. Airmata usah dikata, mengalir sederas-derasnya bagai sungai yang penuh air selepas hujan, alirannya pantas tiada henti. Hati ini remuk redam, bagai diperah-perah agar mengeluarkan cairannya. Seribu satu macam perasaan yang berbolak balik, hingga tidak bisa aku berbuat apa-apa, hanya tangisan dan tangisan. Tapi sekali lagi pelik, ia hanya satu hari, lepas itu aku lupa. Kembali aku tercari-cari kemana perginya, kucari dan jauh kumengembara tapi tidak kutemuinya...entah dimana hilangnya, entah dimana salahnya. Masih kuingati ia, perasan yang cukup sengsara tapi aneh, ia indah. Ah, bisakah lagi kutemuinya? Aku kini menajdi perindu! Hanya masa yang berbicara...
Kini, Fiqh dakwah karangan Yusuf Qardhawi menjadi tatapanku. Elok untuk bacaan pemuda-pemudi yang begiat di jalan dakwah. Akan kuperkenalkannya nanti pada anak buahku. Tunggu.

Komentar
Posting Komentar